Entri terakhir bertarikh 25 September 2011. Dihitung dari hari ini, bermakna hampir satu bulan lebih ruang bicara aku yang satu ini senyap sunyi. Bahkan Oktober aku langkau terus tanpa sebarang entri, masukan dan input. Misi asalku, mahu isi setiap bulan dengan pelbagai masukan - walaupun satu - kini tinggal puing-puing yang mencacatkan jajaran arkib entri di sebelah.
Jika aku dapat memancung kemalasan, sudah tentulah aku akan lebih profilik dalam menulis bicara dan melagang kata. Tapi, aku kini - malah hari-hari esok pun - masih dalam kesulitan dalam menutuh kemalasan itu. Maka, semenjak itu ruang maya ini terus dihurung kelengangan yang terus menerus.
Ubat malas secara saintifiknya tidak wujud. Jika diambil kira hal-hal yang metafizik, aku kira ubat malas itu adalah kesedaran. Dan kesedaran itu letaknya di dalam palung hati setiap kita. Jelas, aku perlu meraihnya demi kelangsungan penulisanku.
Namun, aku fikir, meraihnya saja tak guna andai tidak laksanakannya atau lebih sulit lagi, mahu menjaga kemandiriannya. Kesedaran itu perlulah cukup ampuh untuk bertahan lama dari digoda dan digiur anasir-anasir luar - yang biasanya halus bentuknya - yang berkebolehan benar mengajak kemalasan itu bertandang lagi ke daerah jiwa. Jika itu terjadi pula, aku perlu mempersiapkan diri lebih kemas dan pejal dalam menangkisnya.
Soalannya, apa aku mampu?